Cerpen – Cerita Pendek

CERPEN SATU

Masyithah seorang anak yang bijak dan rajin.  Setiap pagi selepas sarapan, dia akan mencuci piring dan cawannya sebelum pergi ke sekolah.

“Ibu, saya pergi ke sekolah dahulu,” Masyithah memberi tahu ibunya.

“Jalan berhati-hati Masyithah,” pesan ibunya.

“Baik ibu,” Masyithah menjawab sambil mencium pipi ibunya lalu berjalan ke sekolah.

Ramai kawan-kawan dan gurunya suka pada Masyithah.  Sungguhpun dia seorang murid yang pandai tetapi tidak sombong.

_____________________________________

CERPEN DUA

Pada cuit semester bulan Jun itu,  pada hujung minggu, Leman,Fei Hong dan Kumar pergi memancing di sebatang anak sungai di hujung Pasir Ris Park. Sungai itu menjadi lokasi strategik kerana di situ terdapat banyak ikan. Mereka pergi dengan membawa joran dan umpan menuju ke sungai tersebut.

Apabila sampai di sana,rasa hairan mula timbul di hati mereka. Ikan-ikan terapung di permukaan air. Mereka bertanya sesama sendiri. Fei Hong, mengajak Kumar dan Leman menyiasat punca kejadian tersebut. Tiba-tiba Kumar menarik kedua-dua orang rakannya ke dalam belukar apabila terlihat dua orang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan.

Mereka mengintip dari celah-celah belukar dan Leman telah mencatat nombor pendaftaran lori yang membawa sisa toksik. Lagi mencurigakan apabila dua orang lelaki tadi membuang sisa toksik itu ke dalam sungai. Setelah mencatat nombor pendaftaran lori tersebut, Leman mengajak kawan-kawannya pulang.

Setibanya di rumah Leman, mereka menceritakan peristiwa tersebut kepada ibu bapa Leman. Ibu dan bapa Leman berjanji akan melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa. Selepas ibu dan bapa Leman membuat aduan tentang orang yang membuang toksik di sungai tersebut, orang yang bertanggungjawab melakukan semua perkara itu telah ditahan polis. Leman, Fei Hong dan Kumar telah diberi penghargaan kerana bekerjasama dengan pihak polis.

_________________________________________________

Anda disila untuk menyumbangkan cerpen atau komentar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: